Bahan Dasar (Base)
150gm biskut digestive
50gm corflakes
100gm mentega cair
Bahan Kek Keju
500gm krim keju (suhu bilik)
20gm gula perang / kastor
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur pukul sedikit
200ml UHT whipping cream (pukul dahulu hingga pekat)
(a). 80gm coklat masakan putih (dicairkan secara double boil) + 1 sudu teh esen vanila
(b). 100gm dulce de leche + 1 sudu teh mocha paste / coffee paste
Loyang bulat 8" (Loose base tin)
Cara-cara :
1. Base : Kisar biskut dan conflakes hingga halus, gaul bersama mentega cair hingga rata. Kemudian tekan ke dasar loyang hingga padat. Bakar selama 15 minit pada suhu 140C. Angkat dan ketepikan.
2. Adunan Kek : Pukul krim cheese, gula dan tepung jagung hingga licin dan tidak berketul. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga rata, kemudian masukkan whipping cream, kaup balik hingga bergaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Dua bahagian di masukkan bahan (a), gaul rata. Satu bahagian lagi di masukkan bahan (b), gaul rata.
4. Tuang 1 bahagian dari (a) ke atas dasar biskut, ratakan. Kemudian tuang pula bahagian dari bahan (b) dan ratakan menggunakan spatula plastik. Akhir sekali tuang baki dari bahan (a), ratakan seperti di atas.
5. Untuk membuat corak di atasnya, ambil sedikit dulce de leche, masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya. Picit ke atas permukaan kek dan lorek mengikut bentuk di sukai.
6. Bakar menggunakan kaedah bain-marie selama 1 jam. Tutup oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit.
7. Keluarkan dari oven dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
Lihat DISINI
Alhamdulillah... Syukur segala-galanya... Engkau telah permudahkan Urusan ku... Sy baru memulakan bisnes online harap kawan-kawan disana menyokong sy. Jika ada kurang memuaskan sy terima seadanya. Sesiapa berminat mem'baking.Disini ada pelbagai Resepi..Di ambil plbgai blog yg sudi b'kongsi resepi Halalkan sy b'kongsi Disini yer.Utk resepi sy nth bila nak upload... xeti r nak sukat... resepi sy pakai hentam ja bahan2 xagak dah heeee.... xpe2 belajar dulu.. perlu pratik lagi niee :-)...
My Tag - KkzackShoppeSweet
Ooopsss satu lagi... kalo t'nampak entry b'tulis Cantik Berseri jgnlah meluat pulak yer... Sbb itu tagline sy ..bila si ibu cbuk memasak mesti mood xok.. mcm2 gy mimik mukakan.. nanti lauk pauk pun masam jer heeee... Kalo memasak sambil tenang & ikhlas,mood ceria.. apa yg kita masak walaupun simple pun jadi sedappp ..(bole percaye ke)... boleh kan kan!!... apa pun kerja secara ikhlas dbuat..hasilnya akan memuaskan..Bukan maksud nak puji diri Cantik yer... haa.. ketika masak sambil pakai lawa2 pun boleh..lauk pun jadi lawa kan... heeee... ok nanti sy siap kan satu persatu resepi n perlu cari lagi resepi yg sy tercari2..
Pengikut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mengenai Saya
- Cantik Berseri
- PERLIS, Malaysia
- who's actually wanna be a CHEF..haaaaaaa... (mimpi je la). me juz a simple women but...kdg2 tu melebey gak :-))) - sy suka shopping tpi beli murah2 janji nmpak brg yg beli bnyak heeeee... mn la nk beli mahal... - Partime jobs - Mengambil Tempahan Jahitan Manik & Sekarang baru nk belajar membuat kek.. - Terima Kasih Blog2 sudi kongsikan RESEPI di blog awak... Yg mn sedang menjalankan bisnes.. Semoga Rzeki bertambah.. - Baru nk Meng'update' blog... Pic tempahan Jait Manik semua hilang huuuhuuuhuu....(masa tu format komputer xbackup pun)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan