My Tag - KkzackShoppeSweet

Ooopsss satu lagi... kalo t'nampak entry b'tulis Cantik Berseri jgnlah meluat pulak yer... Sbb itu tagline sy ..bila si ibu cbuk memasak mesti mood xok.. mcm2 gy mimik mukakan.. nanti lauk pauk pun masam jer heeee... Kalo memasak sambil tenang & ikhlas,mood ceria.. apa yg kita masak walaupun simple pun jadi sedappp ..(bole percaye ke)... boleh kan kan!!... apa pun kerja secara ikhlas dbuat..hasilnya akan memuaskan..Bukan maksud nak puji diri Cantik yer... haa.. ketika masak sambil pakai lawa2 pun boleh..lauk pun jadi lawa kan... heeee... ok nanti sy siap kan satu persatu resepi n perlu cari lagi resepi yg sy tercari2..

Pengikut

SNICKERS CHEESECAKE

Base / Dasar Biskut
150gm biskut Oreo (buang krim)
30gm mentega di cairkan

Bahan Kek Keju
300gm krim keju - suhu bilik
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar

Topping Chocolate Ganache
100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream

Hiasan :  Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih

Loyang : Loose Base Tin 7"

Cara-cara :
1.  Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal.  Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat.  Bakar selama 10 minit pada suhu 160C.  Biarkan sejuk dahulu.

2.  Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati.  Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.

3.  Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata.  Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.
4.  Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.

5.  Tutup api ketuhar,  Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.

6.  Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.

7.  Topping :  Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau  hingga coklat larut.  Angkat dan biarkan suam.

8.  Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka.


SEDAPPPPPPNYAAAAA .... LIKE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
PERLIS, Malaysia
who's actually wanna be a CHEF..haaaaaaa... (mimpi je la). me juz a simple women but...kdg2 tu melebey gak :-))) - sy suka shopping tpi beli murah2 janji nmpak brg yg beli bnyak heeeee... mn la nk beli mahal... - Partime jobs - Mengambil Tempahan Jahitan Manik & Sekarang baru nk belajar membuat kek.. - Terima Kasih Blog2 sudi kongsikan RESEPI di blog awak... Yg mn sedang menjalankan bisnes.. Semoga Rzeki bertambah.. - Baru nk Meng'update' blog... Pic tempahan Jait Manik semua hilang huuuhuuuhuu....(masa tu format komputer xbackup pun)...